Disini saya hanya terangkan secara point sahaja apa yang dimaksudkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), iaitu seperti berikut:
- PRS bertujuan untuk membantu dalam proses kaunseling secara tidak langsung diantara seorang kaunselor dan individu yang bermasalah.
- PRS memainkan tanggungjawab yang penting bagi membantu guru kaunseling dalam menyelesaikan masalah murid.
- PRS hampir sama seperti seorang kaunselor, dimana mereka harus menjadi seorang pendengar yang setia, seorang yang empati, jujur dan amanah.
- PRS ialah seorang peramah dan mudah mengadaptasi dirinya dengan keadaan sekeliling.
- PRS merupakan agen penyebar maklumat di dalam kawasan persekitaran sekolah.
- PRS adalah mata dan telinga di dalam kawasan persekitaran sekolah.
- PRS berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya yang memerlukan pertolongan.
Saya mengatakan PRS ini berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya yang memerlukan pertolongan kerana pada zaman kini, ramai generasi sekarang ini lebih suka bercerita tentang masalah mereka kepada rakan-rakan, berbanding dengan bercerita kepada ibubapa atau guru disekolah mereka.
FALSAFAH PRS
''Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain''
ETIKA PRS
Anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:
Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Memahami batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
Melaporkan kepada kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
VISI PRS
Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Yang Disegani Di Sekolan Dan Dipersada Dunia
MISI PRS
Berusaha Memajukan Diri Dan Orang Lain Supaya Cemerlang Dari Segi Sahsiah, Tingkah Laku Serta Berilmu Pengetahuan
Sekian dari perkongsian saya hari ini.Saya harap perkongsian ini amat berguna untuk pembaca diluar sana walaupun perkongsian ini hanya tidak begitu menarik dan tidak begitu padat.InsyaAllah, untuk blog akan datang lebih menarik dan membuat pembaca lebih gemar untuk membaca di blog saya ini.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang dari diri saya.
Terima Kasih kepada pembaca diluar sana kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya ini.